Kerjaya kelab Nemanja_Matić

Košice

Matić menandatangani kelab Košice pada 2007 dan bersama kelab tersebut sehingga musim panas 2009. Ketika hidup di Slovakia, beliau memiliki kewarganegaraan Slovak.[5]

Chelsea

Pada 18 Ogos 2009, Matić menandatangani kelab Chelsea dari MFK Košice dengan bayaran sebanyak sekitar £1.5 juta untuk kontrak empat tahun.[6][7] Beliau telah diberi jersi bernombor 24 dari Chelsea tetapi beliau tidak membuat debutnya kerana memasuki kejohanan bawah-21 2009. Beliau hanya duduk di bangku simpanan ketika Piala Liga Inggeris menentang Queens Park Rangers pada 23 September 2009, Chelsea menang 1-0. Matić membuat debut Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea pada 21 November sebagai pemain gantian menggantikan Florent Malouda pada minit ke-69 ketika menentang Wolverhampton Wanderers, Chelsea menang 4-0.[8]Pada 23 Ogos 2010, Matić berpindah ke kelab Belanda, Vitesse dalam pinjaman selama setahun bersama rakan sepasukan Slobodan Rajković dan Matej Delač.[9]

Benfica

Pada 31 Januari 2011, Matić berpindah ke kelab gergasi Portugal, Benfica dengan bayaran €25 juta (£21M) dalam perjanjian pertukaran pemain Brazil, David Luiz.[10] Di bawah pengurus Benfica Jorge Jesus, Matić ditukar dari bermain sebagai playmaker ke pertahanan pemain tengah (DMC).[11]

Pada 14 April 2012, Matić memulakan kerjayanya di Benfica ketika Perlawanan Akhir Taça da Liga 2012 menentang Gil Vicente di mana beliau memenangi trofi pertama bersama kelab Lisbon itu.[12]

Pada 13 Januari 2013, Matić menjaringkan gol pertamamya bersama Benfica dalam perlawanan O Clássico menentang musuh tradisi, Porto.[13] Sehari kemudian, beliau dikhabarkan telah dilanjutkan kontrak sehingga 2018 dengan bayaran €45 juta.[14]

Dalam perlawanan kedua pusingan ke-32 Liga Eropah menentang Bayer Leverkusen, Matić menjaringkan gol dengan menanduk masuk selepas Lima melakukan hantaran lintang tepat pada beliau ketika minit terakhir perlawanan, beliau membantu Benfica menang dalam agregat 3-1.[15] Matić merupakan skuad utama Benfica untuk menjuarai kempen Primeira Liga 2012–13 sejak kelab Lisbon itu memenangi sejak 2010.

Pada 15 Mei, Matić berhadapan dengan bekas kelabnya, Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Eropah di Amsterdam tetapi Benfica tewas 2-1 selepas tandukan Branislav Ivanović pada minit akhir perlawanan mengaburkan harapan Benfica untuk menang.[16] Pada 4 Julai 2013, beliau tercalon dalam Pemain Terbaik Primeira Liga.[17][18] Pada 13 Januari 2014, Matić menduduki tempat kedua dalam Anugerah Puskás FIFA di belakang Zlatan Ibrahimovic dari Sweden[19]

Kembali ke Chelsea

Pada 15 Januari 2014, Matić menyertai semula ke Chelsea dengan bayaran sebanyak £21 juta[20] dalam kontrak lima setengah tahun.[21] Beliau membuat debut kedua bersama kelabnya empat hari kemudian dengan menggantikan Willian dalam perlawanan kemenangan 3-1 ke atas Manchester United.[22]

Pada 3 Februari, Matić membuat perlawanan Liga Perdana pertama bersama Chelsea menentang musuh utama Manchester City.[23] Beliau telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan oleh Sky Sports apabila Chelsea menumpaskan United 1-0.[24]

Gol pertamanya di Liga Perdana berlaku pada 30 Ogos 2014 dalam perlawanan menentang Everton, 6-3.[25] Sebulan kemudian, Matić menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea menentang Sporting CP dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Gol Matić menghancurkan rekod kebal Sporting yang tidak pernah kalah di laman sendiri dalam masa empat tahun[26]. Pada 5 November dalam kejohanan yang sama, beliau menjaringkan gol untuk Chelsea ketika seri 1-1 menentang NK Maribor.[27]

Rujukan

WikiPedia: Nemanja_Matić http://www.chelseafc.com/news-article/article/3622... http://www.chelseafc.com/teams/first-team/nemanja-... http://www.fifa.com/ballondor/puskasaward/index.ht... http://www.fifa.com/worldcup/preliminaries/europe/... http://www1.skysports.com/football/live/match/2875... http://www1.skysports.com/football/news/11661/4658... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player... http://ie.soccerway.com/players/nemanja-matic/3547... http://int.soccerway.com/players/nemanja-matic/354... http://www.theguardian.com/football/2014/feb/03/ma...